Diet hari ke-6 (Day 6)

Hari keenam dalam program penurunan berat badan. Sendi masih lagi rasa sedikit sakit tetapi dalam proses pemulihan selepas mengambil ubat dan juga meminum jumlah air yang banyak. Seperti di jangka, berat hari ni meningkat, 83.59KG. Tapi tak mengapa sebab memang perkara biasa, esok turunlah berat tu. Tapi dijangkakan badan akan sedikit meningkat esok memandangkan  kami merayakan sambutan Hari Bapa dan biasa ada jamuan dekat rumah ataupun makan dekat luar saja.

 

Berat Terkini: 83.5kg
Tekanan Darah:
93/64
Kadar denyutan Jantung: 83/min

 

 

 

 

Sarapan Pagi

Hari ni saya skip sarapan sebab bergegas nak ke tempat kerja. Biasanya hujung minggu ni bangun lewat sikit, tapi memandangkan kita dah terbiasa bangun lambat, dan kebetulan ada hal kena siapkan dekat pejabat, maka terjadilah “babak” lupa sarapan.

 

Makan Tengahari

Makan tengahari yang senang sangat dijumpai dekat dengan pejabat, ayam goreng. Restoran terletak dekat bawah pejabat sahaja, kita malas nak jalan jauh dengan keadaan sendiri yang masih belum sembuh sepenuhnya, jadi bungkus ayam goreng ja.

 

 

Makan Malam

Makan malam hari ni sayur goreng + bawang putih dengan daging disalut telur.

 

 

Hari keenam rasanya agak bertenaga sedikit jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Rasa pening tu dah hilang, kemungkinan badan sudah boleh menerima keadaan atau cara pemakanan dalam kuantiti yang sedikit.

 

Senaman

Tiada

Related articles

You may also be interested in

Headline

Never Miss A Story

Get our Weekly recap with the latest news, articles and resources.
Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.