Diet hari ke-5 (Day 5)

Hari kelima dalam program penurunan berat badan. Hari ni bangun dengan rasa sedikit sakit di bahagian sendi di kaki. Kalau dah ada rasa dekat sendi, memang tak salah lagi gout dah nak serang. Biasanya kalau dah terjadi benda seperti ni, saya akan gandakan pengambilan air minum bagi mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelak kaki menjadi bengkak. Berat hari ni 82.86KG

 

Berat Terkini: 82.86kg
Tekanan Darah:
91/63
Kadar denyutan Jantung: 79/min

 

 

 

 

Sarapan Pagi

Seperti hari sebelumnya, sarapan hari ni telur rebus. Masih lagi dengan sedikit kicap bagi perasa.

 

 

Makan Tengahari

Memandangkan hari ni tak cukup masa untuk menyediakan apa-apa dekat rumah akibat terbatas pergerakan, saya cuma beli ayam goreng yang dijual di restoran di bawah pejabat. Tiga ketul ayam pun dah cukup rasanya untuk makan tengahari.

 

 

Makan Malam

Makan malam hari ni laksa ayam. Hari ni hidangan makan malam agak mengenyangkan memandangkan mee ditukar kepada mee konjac. Bagi sesiapa yang nak tahu pasal konjac, saya akan cuba terangkan untuk post seterusnya.

 

Hari kelima rasanya berbeza dengan hari sebelumnya. Badan tak rasa lemas sangat cuma hari ni saya terpaksa untuk mengandakan pengambilan air minum sekali ganda dari sebelumnya. Rasanya berat akan meningkat buat sementara akibat pengambilan jumlah air yang banyak.

 

Senaman

Tiada

Related articles

You may also be interested in

Headline

Never Miss A Story

Get our Weekly recap with the latest news, articles and resources.
Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.